Translate

Monday, November 15, 2021

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM700

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pemberian imbuhan RM700 kepada penjawat awam negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kira-kira 14,000 penjawat awam negeri berkenaan bakal menerima manfaat daripada pemberian bonus yang dijangka akan dilunaskan pada awal tahun hadapan.

“Kerajaan negeri Terengganu menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan jentera kerajaan.

“Mereka telah menjamin perkhidmatan terbaik dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ melibatkan perbelanjaan RM2.297 bilion.

Beliau menjelaskan ia merangkumi RM1.657 untuk perbelanjaan mengurus, pembelanjaan pembangunan (RM600 juta) dan perbelanjaan bekalan air (RM40 juta).

“Kerajaan negeri Terengganu juga dijangka menerima hasil dianggarkan RM1.507 bilion pada tahun hadapan.

“Ia meliputi hasil terimaan bukan hasil termasuk royalti petroleum (RM1.28 bilion), cukai (RM61.02 juta) dan hasil bukan cukai (RM157.49 juta),” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment