Translate

Thursday, November 11, 2021

Rumah rakit Sungai Tebat kurang dipeduli

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seramai 12 pengusaha rumah rakit di Sungai Tebat, Tasik Kenyir di sini memohon agar infrastruktur di lokasi pelancongan popular itu dinaik taraf demi kemudahan serta keselesaan pengunjung.

Seorang pengusaha, Azmi Ahmad Ghazali, 48, berkata, kebanyakan pelanggannya mengadu sukar untuk memasuki kawasan rumah rakit tersebut terutama yang menggunakan kenderaan kecil ekoran laluan yang tidak berturap dan sering rosak.

"Sebelum menaiki bot di tebing Sungai Tebat untuk ke rumah rakit, pengunjung perlu me- lalui jalan yang tidak bertar se- jauh hampir dua kilometer (km).

 "Keadaan semakin sukar pada musim hujan kerana laluan akan lecak selain gelap kerana tidak dilengkapi kemudahan lampu jalan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Azmi berkata, pihaknya juga berharap kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih ter susun dan dijaga pengawal keselamatan dapat disediakan.

Seorang pengusaha rumah rakit lain, Ariadi Abdul Malek pula memohon agar liputan telekomunikasi di sekitar Sungal Tebat dipertingkatkan.

"Kami sering menghadapi kesukaran untuk memohon bantuan secepat mungkin setiap kall berlaku kes kecemasan.

"Pengusaha rumah rakit juga menghadapi masalah pengurusan sampah kerana perlu ke Pengkalan Gawi di sini yang terletak kira-kira 30  km untuk membuangnya setiap hari," katanya.

Ariadi berkata, rumah rakit di Sungai Tembat agak ketinggalan berbanding kemudahan yang terdapat di Pekalan Gawi seperti rumah bot, bot laju dan kedai bebas cukai.

Justeru, dia berharap permohonan mereka itu mendapat pertimbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Seorang pengusaha, Nik Zu rina Mustaffa memberitahu, kebanyakan rumah rakit mula kembali menerima pelanggan yang terdiri daripada kalangan pemancing mula 20 Oktober lalu.

"Tempahan bagi hujung minggu untuk kebanyakan pengusaha telah penuh hingga akhir tahun dengan pakej purata RM350 bagi tiga hari dua malam. Sungai Tebat popular sebagal lubuk ikan belida, toman dan lampan," katanya.

No comments:

Post a Comment