Translate

Wednesday, November 10, 2021

11 monumen mini ASEAN tarikan terbaharu Pulau Bidong

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebanyak 11 monumen mini negara-negara Asia Tenggara di dalam dasar laut menjadi tarikan terbaharu pelancongan di Pulau Bidong di sini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, monumen mini tersebut dibina pada kedalaman 10 meter hingga 15 meter di dasar laut berhampiran Stesen Penyelidikan Alami Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Beliau berkata, projek Monumen Mini Dasar Air Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang pertama di dunia tersebut merupakan inisiatif kementerian bagi menggalakkan kelestarian pelancongan kebudayaan.

Kita juga mahu selain meningkatkan kesedaran tentang identiti ASEAN dan memulihara warisan dasar laut.

“Pulau Bidong dipilih sebagai lokasi pembinaan mini monumen ini kerana dasar lautnya memiliki khazanah warisan daripada kapal karam,” katanya merasmikan Monumen Mini Dasar Air ASEAN di sini hari ini.

Nancy berkata, 11 monumen mini tersebut ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Monumen Kemerdekaan Kemboja dan Monumen Patuxai.

Tambah beliau, dasar laut Pulau Bidong turut dibina Monumen Nasional Indonesia, Pagoda Shwedagon, Monumen Jose Rizal, Merlion, Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan, Pagoda Tran Quac dan Monumen Simbol Penyatuan ASEAN.

Pulau Bidong yang terkenal dengan keindahan terumbu karangnya pernah menjadi lokasi penempatan Orang Hanyut Vietnam pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment