Translate

Sunday, November 7, 2021

Idris, Amar, Ahmad Samsuri kekal Naib Presiden Pas

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiga penyandang Naib Presiden berjaya mengekalkan kedudukan masing masing pada pemilihan parti bagi Muktamar Pas ke-67 yang berakhir hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerima undi tertinggi iaitu 1,164 diikuti Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah (956 undi) dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Ahmad Mokhtar (778 undi).

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden Pas iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd. Zuhdi Marzuki pula sekadar mendapat 623 undi.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas, Nurkhuzaini Ab. Rahman.

Selain itu, beliau juga mengumumkan 18 pemimpin parti itu berjaya mendapat kepercayaan perwakilan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.

Antara yang dipilih sebagai AJK Pas Pusat ialah Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mendapat undi tertinggi iaitu 884 undi; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dan bekas Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Yusoff dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Hashim juga tersenarai sebagai AJK Pas Pusat pada pemilihan kali ini.

Pemilihan tersebut melibatkan 1,299 perwakilan yang dilaksanakan secara undi elektronik (e-undi) semalam. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment