Translate

Wednesday, November 23, 2016

Unisza rangkul enam pingat IUCEL

CEMERLANG. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) merangkul enam pingat pada Karnival e-Pembelajaran Universiti Antarabangsa (IUCEL) yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, empat pingat berkenaan merangkumi tiga emas, satu perak dan dua gangsa.

Beliau berkata, tiga pingat emas itu diperoleh daripada penyelidikan Ramalan Risiko Kanser Payudara Berdasarkan Faktor Pemakanan dan Epidemiologi oleh Dr. Mohd. Razif Shahril, Mohd. Firdaus Yahya (EZ-Arabic 2.0) dan Norkhairani Abdul Rawi (Keselamatan Jalan Raya FIQIR).

"Pencapaian tersebut telah memberi suntikan semangat kepada penyelidik Unisza untuk menjana idea-idea dinamik untuk manfaat masyarakat," katanya.

No comments:

Post a Comment