Translate

Wednesday, November 9, 2016

Pemilik kapal tangki didenda RM12,000 bawa diesel tanpa kebenaran Kastam

KUALA TERENGGANU - Seorang pemilik kapal tangki didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan tidak memaklumkan aktiviti perniagaan membawa muatan 81,000 liter diesel kepada Kastam Diraja Malaysia pada akhir bulan lalu.
Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan Safwatur Rahman Mohammad Syafiie, 32, membayar denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan denda maksimum RM1,000 masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Safwatur Rahman didakwa memuatkan kapal tangkinya dengan 81,000 liter diesel bernilai RM135,270 bagi tujuan eksport secara tidak sah.
Bagi pertuduhan kedua, Safwatur Rahman didakwa gagal melaporkan ketibaan MT Aliya Sari itu di lokasi berkenaan kepada pegawai kastam bertugas.
Pertuduhan ketiga pula dia didakwa tidak mendapatkan selepas kapal tangki berkenaan bertolak dari Pelabuhan Kemaman tanpa kebenaran pelepasan daripada pihak berkuasa pelabuhan.
Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jeti MSET Pulau Duyong di sini pada pukul 6.30 petang, 26 Oktober lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment