Translate

Tuesday, November 1, 2016

Tukang rumah didakwa bunuh bakal abang ipar

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bakal abang iparnya pada pertengahan bulan lalu.
Tiada pengakuan direkodkan dan Mohd. Hafiz Mohamad, 29, (gambar) dari Kampung Baloh, Manir dekat sini sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafiz didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, dengan menikamnya dengan pisau di tempat letak kereta Kompleks Seri Iman di sini pada pukul 11.39 pagi, 16 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kosmo! 17 Oktober lalu melaporkan Muhamad Shukri yang juga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pengkalan Kubor, Kelantan maut selepas ditikam sebanyak enam kali di bahagian dada dan leher oleh bakal adik iparnya di tempat letak kereta Kompleks Darul Iman.
Mohd. Hafiz yang berhasrat mengahwini adik mangsa, Azlina, 27, dipercayai bertindak demikian selepas berang rahsianya yang merupakan suami orang dibongkar keluarga kekasihnya itu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment