Translate

Tuesday, November 29, 2016

83 mangsa banjir kilat Kemaman diarah berpindah

KUALA TERENGGANU - Seramai 83 mangsa di Kemasik dan Teluk Kalong, Kemaman ditempatkan di dua pusat pemindahan berikutan kejadian banjir kilat hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, seramai 72 mangsa termasuk dua bayi telah ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik.
"Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong pula menempatkan 11 mangsa daripada dua keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Adam berkata, kedua-dua pusat pemindahan itu dibuka masing-masing pada pukul 3.50 petang dan 4.55 petang.
Menurut beliau, kesemua mangsa telah diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air yang melimpah dari Sungai Kemasik dan Sungai Kemaman.
"Paras kedua-kedua sungai itu meningkat berikutan hujan lebat dan pertembungan dengan air pasang tinggi di perairan Kemaman," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment