KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot tunda Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi di perairan Kuala Kemaman dekat sini semalam.
Bot tunda Baguio itu dipintas sebelum ditahan pada kedudukan 3.4 batu nautika dari Pelabuhan Kemaman dekat sini pada pukul 7.20 malam.
Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, bot tunda yang mencurigakan terbabit dipintas sebelum ditahan sepasukan penguat kuasa APMM yang menaiki Bot Maritim Kilat 27.
"Seorang kepten kapal bersama dua kru warga Indonesia yang berusia dalam lingkungan 34 hingga 40 tahan turut diberkas.
"Pemeriksaan mendapati kepten kapal itu gagal mengemukakan lesen bot yang sah dan surat pengisytiharan pelepasan pelabuhan dari negara asal dan negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment