Translate

Wednesday, November 30, 2016

Peraturan baharu jual rokok dan minuman keras di pulau bebas cukai dilonggarkan

SETIU - Semua kedai runcit, kedai kopi, restoran dan kafeteria di Pulau Langkawi, Labuan dan Tioman dibenarkan semula untuk menjual rokok dan minuman keras bebas cukai tanpa had kepada penduduk tempatan dan pelancong mulai minggu ini.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, kerajaan telah memutuskan kesemua premis itu yang dikategori sebagai Kedai Bebas Cukai II tidak tertakluk kepada kawalan fizikal berikutan pelaksanaan penstrukturan semula saluaran jualan rokok, minuman keras dan kenderaan yang berkuatkuasa pada awal bulan ini.
"Begitupun, premis yang dikategori sebagai Kedai Bebas Cukai II tersebut hanya dibenarkan menjual rokok dan minuman keras yang bebas cukai itu secara loose pack (bungkusan utama dibuka).
"Peniaga premis terbabit juga tidak perlu merekodkan butir pembeli dan kuantiti belian namun perlu mengikut waktu operasi perniagaan yang diluluskan mengikut Lesen Rumah Bir dan Lesen Rumah Awam," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini hari ini.
Sebelum ini, penstrukturan semula saluran jualan rokok, minuman keras dan kawalan kenderaan bebas cukai dilaksanakan sejak 1 November lalu bagi menangani isu ketirisan hasil dan penyeludupan telah menerima rungutan daripada peniaga, penduduk tempatan dan pelancong.
Sehubungan itu, Khazali memberitahu, perubahan tersebut merupakan penambahbaikan berikutan maklum balas yang diterima tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment