Translate

Thursday, November 3, 2016

Diacu pistol ke kepala, RM15,000 lesap ketika Maghrib

BESUT - Seorang wanita menghadapi saat cemas selepas diacu pistol oleh seorang penyamun di hadapan rumahnya di Alor Lintang, Kampung Raja di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.05 malam itu, penyamun tersebut berjaya melarikan wang tunai RM15,000 yang disimpan di dalam beg pinggang milik suami Rosnani Ali Muhammad, 42.
Rosnani berkata, sewaktu kejadian, dia baru hendak membuka pintu hadapan rumah selepas selesai menutup kedai menjual produk sejuk beku milik keluarganya yang terletak bersebelahan.
"Seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan topi keledar bertutup muka penuh tiba-tiba meluru masuk ke rumah sebelum mengacu sepucuk pistol ke bahagian kanan kepala saya.
"Dia kemudiannya menerkam suami saya (Azulhan Che Yusoff, 46) membuka pintu rumah tidak lama kemudian sebelum mengancam mahu menembak kami jika wang tidak diserahkan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Rohani berkata, demi keselamatan keluarga, suaminya telah menyerahkan beg pinggang yang mengandungi wang tunai hampir RM15,000 kepada penyamun tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment