Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau masalah hakisan pantai di Terengganu yang sering terjadi setiap kali musim tengkujuh.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Rosli Othman berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail itu diarahkan untuk memantau keadaan pantai di seluruh negeri ini.
"Skop kerja jawatankuasa itu termasuk mengenal pasti kesan, punca dan meramal hakisan terbabit.
"Ia turut dianggotai wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raaya dan pejabat-pejabat daerah terlibat," katanya sewaktu menjawab soalan lisan Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment