Translate

Wednesday, November 2, 2016

380 kg minyak masak dirampas di Dungun

DUNGUN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Dungun merampas 76 botol minyak masak seberat 380 kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah pasar mini di Paka dekat sini semalam.
Minyak masak yang dianggarkan bernilai RM1,014.60 berkenaan telah dirampas dalam serbuan terbabit yang disertai enam anggota penguat kuasa KPDNKK pada pukul 7.30 malam.
Ketua Cawangan KPDNKK Dungun, Mohamad Hashim berkata, kesemua minyak masak terbabit telah dijumpai disorokkan di dalam sebuah stor di belakang pasar mini tersebut.
"Pada mulanya, pemilik pasar mini itu cuba berdalih kononnya kesemua botol minyak masak yang masing-masing seberat lima kg berkenaan bukan miliknya.
"Namun siasatan awal pihak kami menunjukkan sebaliknya. Ia merupakan rampasan pertama di Terengganu sejak Rasionalisasi Harga Minyak Masak diperkenalkan kerajaan bermula semalam (kelmarin)," katanya pada sidang akhbar di pejabat KPDNKK cawangan Dungun di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment