Translate

Tuesday, November 1, 2016

Anak anggota polis trafik 
terkorban rempuh lori sampah

MARANG – Seorang remaja lelaki yang merupakan anak anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori sampah di Kilometer 17, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kijing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.20 malam itu, Afiq Asyraf Noor Hafizin Lot, 16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, semasa kejadian Afiq Asyraf menunggang motosikal jenis Yahama 135L menghala ke pekan Marang.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori sampah yang sedang berhenti di bahu jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala yang membawa kepada kematiannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Mohd. Suhaimi berkata, mayat Afiq Asyraf telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan jenazah Afiq Asyraf telah dibawa ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan semalam.

No comments:

Post a Comment