Translate

Monday, November 7, 2016

Suami isteri diberkas khayal pil kuda

KUALA TERENGGANU ­ Seramai 53 in­dividu termasuk sepasang suami isteri disyaki penagih dadah berjaya diberkas dalam operasi bersepadu di sekitar Kampung Raja dekat Besut pada Rabu lalu.

Sewaktu ditahan dalam Ops. Tapis yang bermula pada pukul 6 pagi itu, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya berumur 33 tahun tersebut dalam keadaan khayal dipercayai baru mengambil pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati suami isteri  itu mempunyai rekod lampau dalam penyalahgunaan dadah.

“Dalam operasi sama yang berakhir pada pukul 3 petang itu, seramai 51 lelaki lain yang turut disyaki penagih dadah juga berjaya diberkas.

“Sebanyak 80 peratus daripada suspek tersebut merupakan pe­salah kes dadah berulang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment