Translate

Friday, November 18, 2016

Penyelidik sertai EPSK 
di Laut Cina Selatan

BELAYAR. Seramai 14 penyelidik dari pelbagai universiti awam seluruh negara menyertai Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan (EPSK) menggunakan Kapal RV Discovery Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlepas di Pulau Duyong, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ketua EPSK, Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Akhir berkata, pelepasan kapal yang melayari perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Katanya, misi ESPK ialah untuk mengkaji kesan perubahan iklim monsun terhadap ekosistem marin dan sumber perikanan di Laut China Selatan.

No comments:

Post a Comment