KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu meluluskan pembayaran bonus RM500 kepada hampir 13,000 penjawat awam di negeri itu melibatkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pemberian bonus yang bertujuan sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri ini berkenaan akan dilunaskan pada bulan Januari tahun depan.
“Pemberian bonus tersebut turut melibatkan kakitangan sementara dan kontrak, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu dan guru al-Quran.
“Penjawat awam adalah nadi kerajaan. Tanpa mereka sistem penyampaian kerajaan tidak akan berfungsi yang jayanya,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini semalam.
Ketika membentangkan bajet itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri Terengganu membentangkan bajet defisit RM0.17 bilion dengan perbelanjaan RM1.86 bilion berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM1.69 bilion.
Beliau berkata, bajet bertema Bersama Melangkah Ke Hadapan itu memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.867 bilion, pembangunan (RM739 juta) dan Kumpulan Wang Bekalan Air (RM2.97 juta).
No comments:
Post a Comment