Translate

Tuesday, November 29, 2016

Kos tunai haji kekal RM9,980

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kos mengerjakan haji pada musim haji tahun hadapan dikekalkan pada kadar RM9,980 bagi seorang jemaah, sama seperti perbelanjaan yang dikenakan sejak sembilan tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil) berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan kadar itu dikekalkan walaupun kos mengerjakan ibadah itu secara muassasah telah meningkat kepada RM19,550.

Menurutnya, kos mengerjakan haji secara muassasah pada tahun ini adalah RM18,890.

“Sehubungan itu, subsidi haji yang ditanggung TH akan meningkat kepada RM9,570 bagi setiap jemaah.

“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi yang bakal ditanggung TH pada tahun hadapan melebihi RM200 juta,” kata­nya selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Terengganu, Ghazali Taib.

Pada majlis itu, peserta muzakarah menyampaikan sumbangan RM8,600 kepada Tabung Rohingya Utusan - TH.

Jamil Khir membe­ritahu, TH juga akan terus menanggung secara percuma perkhidmatan lain kepada jemaah antaranya ialah kursus bimbingan, buku dan risalah panduan haji dan perkhidmatan perubatan.

“TH telah menghantar surat tawaran untuk mengerjakan haji untuk musim 1438H kepada 22,320 bakal jemaah terpilih bermula 2 November lalu. Keutamaan akan diberikan kepada bakal jemaah haji kali pertama,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment