Translate

Thursday, November 17, 2016

271 calon UPSR Terengganu perolehi semua A

KUALA TERENGGANU - Seramai 271 calon Terengganu memperolehi semua A dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang diumumkan sebentar tadi.
Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ia merupakan 1.33 peratus daripada 20,341 calon yang menduduki peperiksaan itu di seluruh negeri ini.
"Seramai 68.36 peratus atau 13,906 calon terbabit mencapai kelulusan dalam kesemua enam subjek.
"Gred purata negeri ialah 2.95 berbanding gred purata nasional 2.96," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan UPSR di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment