Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Pembayaran haji bagi setiap jemaah pada musim tahun depan dikekalkan pada kadar RM9,980 iaitu jumlah sama sejak sembilan tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan kadar itu dikekalkan walaupun kos mengerjakan haji secara muassasah telah meningkat kepada RM19,550.
"Sehubungan itu, subsidi haji yang akan ditanggung TH bagi setiap jemaah meningkat kepada RM9,570.
"Secara keseluruhannya, jumlah subsidi yang bakal ditanggung oleh TH pada tahun hadapan adalah melebihi RM200 juta," katanya selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Haji peringkat kebangsaan ke-33 di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment