Translate

Thursday, November 3, 2016

Anak anggota polis trafik maut rempuh lori sampah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


MARANG - Seorang remaja lelaki yang merupakan anak anggota polis trafik yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori sampah di Kilometer 17, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kijing di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.20 malam itu, Afiq Asyraf Noor Hafizin yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara di sini meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sewaktu kejadian Afiq Asyraf menunggang motosikal jenis Yahama 135L menghala ke pekan Marang.
"Sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori sampah yang sedang berhenti di bahu jalan.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala yang membawa kepada kematiannya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment