Translate

Sunday, July 26, 2026

Siswa rugi RM56,375 angkara ‘love scam’

 KUALA TERENGGANU – Gara-gara ‘mabuk cinta’, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bandar raya ini menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ sehingga mengalami kerugian RM56,375.

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian bermula apabila mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun berkenalan dengan seorang wanita tidak dikenali menerusi aplikasi Telegram pada pukul 12 tengah hari, 11 Mei lalu. 

“Sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah bertemu dengan wanita tersebut, malah tiada nombor telefon suspek kerana mereka hanya berhubung melalui mesej Telegram yang hanya mempunyai nama,” katanya di sini semalam. 

Azli berkata, suspek memberitahu pelajar IPTA tersebut kononnya dia bekerja di sebuah syarikat pemasaran dalam talian di Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, suspek kemudiannya mahu meminjam wang daripada lelaki tersebut kononnya untuk membayar syarikat majikannya. 

“Suspek didakwa menawarkan untuk memperlihatkan tubuhnya selain menjalin hubungan intim dengan mangsa sekiranya permintaannya itu ditunaikan.

 “Mangsa yang tidak berfikir panjang telah melakukan transaksi pindahan wang sebanyak 45 kali antara 11 Mei hingga 4 Julai lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment