Translate

Friday, July 24, 2026

Kadar zakat fitrah naik, tiga kategori diperkenal

 

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini meningkat kepada RM8 seorang berbanding RM7 pada tahun lalu. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar zakat fitrah itu juga ditetapkan kepada tiga kategori mengikut beras yang dimakan.

 “Kategori pertama ialah sekurang-kurangnya RM8 bagi mereka yang menggunakan beras tempatan biasa, manakala beras Super Import (Siam) kadar ditetapkan RM10 seorang. 

“Kadar zakat fitrah bagi yang menggunakan beras premium seperti Basmathi pula ialah RM24 seorang,” katanya. Sebelum ini, Terengganu hanya menetapkan satu kadar zakat fitrah iaitu RM7 bagi setiap individu Islam berkemampuan. 

Shaikh Harun berkata, penetapan itu berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras,” katanya

No comments:

Post a Comment