KUALA TERENGGANU - Budaya berwakaf semakin subur dalam kalangan umat Islam di negara ini dengan peningkatan 52 peratus sejak tiga tahun lalu bermula pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKР).
Pemangku Ketua Pegawal Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Abdul Halim Mat Yusoр berkata, sepanjang tempoh itu. pihaknya dan majlis agama Islam negeri telah berjaya mengutip RM262 juta dana wakaf tunai. merasal impak daripada amalan tersebut kepada masyarakat kan YWM dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam).
Beliau berkata, bilangan pewakaf telah meningkat mendadak sejak penularan Covid-19 melibatkan 25,601 pewakaf di seluruh negara.
"Kesedaran untuk berwakaf itu telah meningkat mungkin keinsafan daripada musibah (Covid-19) berkenaan .
"Ini disebabkan sepanjang tempoh PKP tersebut, YWM kerap turun padang menyumbang membantu barisan hadapan untuk melengkapkan peralatan kritikal di hospital," katanya ketika ditemul pada majlis Apresiasi Pewakaf di sini kelmarin.
Seramai 120 pewakaf berdaftar di seluruh Terengganu diraikan menerusi Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Abdul Halim berkata, antara pusat perubatan yang menerima sumbangan itu hasil kutipan wakaf tunai lalah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan Hospital Kajang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, YWM sedang melancar kan kempen Wakaf RMI Sehari bagi memudahkan dan meningkatkan lagi kesedaran umat Is lam negara ini untuk berwakaf.
"Kita mahu membudayakan semangat berwakaf dalam setiap keluarga Islam di negara ini.
"Ganjaran pahala berganda hingga 700 kali telah dijanjikan bagi setiap harta diwakaf, jelasnya.
No comments:
Post a Comment