Translate

Saturday, July 25, 2026

Budak 11 tahun maut, motor ditunda dirempuh Axia

BESUT - Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang sedang menaiki motosikal sedang ditunda oleh motosikal lain maut selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak di sini kelmarin.

 Dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam itu, mangsa, Wan Julaini Wan Noh maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota kepala. 

Ketua Polis Daerah Besut. Superintendan Mohd. Rozaime Ab Rahim berkata, sewaktu kejadian, motosikal jenis Modenas Dinamik dinaiki mangsa yang dikatakan mengalami ke rosakan sedang ditunda sebuah motosikal lain.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.

 "Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret kira-kira 50 meter," katanya di sini semalam.

Mohd. Rozaime berkata pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Wan Julaini sudah meninggal dunia. 

Beliau berkata, mayat murid sebuah sekolah rendah di daerah ini itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut. 

"Ujian urin mendapati wanita yang memandu kereta Perodua Axia bebas daripada pengaruh dadah dan bahan terlarang lain.

 "Kes disiasat mengikut Sek syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanyа.

No comments:

Post a Comment