Translate

Monday, July 27, 2026

Maxim Malaysia jamin pemandu akan ada permit e-hailing

 KUALA TERENGGANU – Syarikat pengendali perniagaan pe ngantaraan (EHO), Maxim Malaysia jamin akan meningkatkan kesedaran dalam kala ngan pemandunya untuk memiliki permit kenderaan e-hailing (EVP) yang sah. 

Pengarah Maxim Malaysia, Ahmad Khamal Abd. Manan berkata, semakan awal pihaknya mengakui sebahagian daripada lebih 1,000 kenderaan pemandu berdaftarnya tidak memiliki perlindungan insurans khusus untuk perkhidmatan e-hailing.

 “Sebenarnya ramai terlepas pandang dan tidak tahu kewajiban mempunyai perlindungan insurans e-hailing yang merupakan tambahan kepada polisi sedia ada.

 “Ia sudah diwajibkan kepada semua pemandu e-hailing sejak Oktober 2019,” katanya di sini semalam.

 Kosmo! 11 Mac lalu melaporkan, ibu pejabat Maxim Malaysia di Kuantan, Pahang diserbu JPJ bagi membantu siasatan membenarkan pemandunya beroperasi tanpa EVP yang sah. 

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12A(9) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda anta ra RM1,000 dan RM500,000 atau dipenjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. 

Ahmad Khamal berkata, Maxim Malaysia juga komited memastikan semua pemandu e-hailingnya mematuhi peraturan termasuk kenderaan digunakan tidak melebihi usia 10 tahun. 

Beliau berkata, menjadi dasar syarikatnya untuk membiayai kos EVP semua pemandu berkelayakan menggunakan aplikasinya yang kebanyakannya terdiri golongan kurang berkemampuan (B40).

 “Sehubungan itu, kami bekerjasama dengan sekolah-sekolah memandu untuk tujuan tersebut. “Saya difahamkan proses mendapatkan EVP sedikit panjang buat masa ini ekoran banyak permohonan baharu yang di terima,” katanya.

No comments:

Post a Comment