Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU-Hasrat 15 sekeluarga termasuk seorang doktor pakar untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada awal tahun ini tidak kesampaian apabila mereka didakwa menjadi mangsa penipuan sebuah agensi umrah.
Lebih menyedihkan, kesemua mangsa menanggung kerugian wang sebanyak RM118,800 yang sudah dijelaskan kepada agensi umrah berkenaan yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.
Ahmad Kashfi Ab. Rahman, 56, berkata, mereka yang terdiri daripada ahli keluarganya, adik beradik dan ibunya berusia 10 ta hun hingga 70 tahun sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 28 Februari lalu.
"Walau bagaimanapun, selepas membuat bayaran pakej umrah berharga RM7920 setiap seorang pada 22 Februari lalu, kami dimaklumkan berita penundaan tarikh penerbangan.
"Wakil agensi memaklunkan pakej umrah selama 12 hari 11 malam terpaksa ditundakepada3 Mac lalu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini semalam.
Ahmad Kashfi mendakwa. wakil agensi umrah tersebut memberi pelbagai alasan seperti ketiadaan jadual penerbangan pada tarikh berkenaan.
Jelasnya, syarikat terbabit turut memaklumkan kononnya akaun bank syarikat mereka dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan siasatan berhubung penlpuan tiket kapal terbang.
"Mereka memberi jaminan isu-isu berbangkit itu akan diselesaikan segera, tetapi cubaan untuk menghubungi wakil agensi tidak berjaya.
"Salah seorang abang saya pergi ke pejabat agensi umrah itu di Alor Setar, namun masih tiada penyelesaianı," katanya.
Ahmad Kashfi berkata, mereka sekeluarga kini ibarat digan tung tidak bertali selama hampir dua bulan sebelum mengambil tindakan membuat laporan polis semalam.
Beliau yang yang menetap di Bukit Perpat, Ajil Hulu Terengganu berharap keadilan dapat ditegak kan selain bertujuan untuk me nyedarkan pihak lain agar tidak tidak menjadi mangsa penipuan agensi umrah.
"Hasrat untuk beribadah bersama-sana keluarga, namun apa yang telah berlaku memberi kesan emosi besar terhadap kami.
"Kami tertarik untuk menyer tal pakej yang ditawarkan syari kat berkenaan kerana mereka menawarkan perkhidmatan membantu ibu saya yang uzur dan abang yang menjalani dialisis sepanjang berada di Tanah Suci" katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes distasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, setakat ini. pihaknya menerima sebanyak enam laporan penipuan pakej umrah melibatkan kerugian RM214,350 sejak tahun lalu.
"Polis menjangkakan lebih ramai mangsa akan tampil mem buat laporan polis pada masa terdekat." katanya.

No comments:
Post a Comment