Translate

Wednesday, July 22, 2026

80,672 Rumah Mesra Rakyat dibina sejak 2002

 KUALA NERUS -Kerajaan telah membina 80,672 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membantu golongan pendapatan rendah memiliki kediaman sendin sejak inisiatif tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Dr. M. Noor Azman Taib berkata, pembinaan kesemua RMR sepanjang tempoh 14 tahun itu melibatkan peruntukan kira-kira RM6 bilion. 

Beliau berkata, setakat ini. 79,260 buah RMR berjaya disiapkan dan diduduki, manakala baki 1,422 lagi sedang dalam fasa pembinaan.

 "RMR merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pеrumahan Negara memberi penekanan terhadap aspek akses dan kemampuan rakyat untuk memiliki kediaman. 

"la skim mempunyai kesan berganda diwujudkan khusus membantu golongan sasar memiliki rumah sendiri," katanya. 

Terdahulu beliau menyerahkan kunci dan surat tawaran RMR kepada pemohon yang layak dalam Terengganu kalangan rakyat Katanya, kelulusan projek pembinaan RMR paling banyak direkodkan di Kelantan dengan 12.156 unit telah berjaya disiapkan, manakala 57 unit lagi sedang dalam pembinaan.

No comments:

Post a Comment