Translate

Wednesday, July 22, 2026

Dua 'transporter' ditangkap ketika punggah mercun

BESUT - Dua lelaki yang sedang memunggah mercun dipercayai diseludup masuk dari negara jiran tergamam apabila diserbu pasukan polis di Kampung Beris Cawat, Kuala Besut di sini pada Ahad lalu.

 Dalam serbuan pada 9.30 pagi itu, dua lelaki berusia 24 dan 34 tahun berkenaan diberkas bersama sejumlah 14 jenis mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000.

 Ketua Polis Daerah Besut. Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, sebelum itu, sepasukan anggota Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 7. Kuantan, Pahang telah mengesan sebuah Proton Exora mencurigakan di Bandar Baru Tanah Merah, Kelantan.

 Beliau berkata, kenderaan Proton Exora tersebut telah di ekori sehingga memasuki sempadan daerah ini sejauh kirakira 59 kilometer.

 "Tíba di lokasi kejadian, sebuah Pajero dinaiki dua suspek telah tunggu di tepi jalan.

 "Mereka kemudiannya punggah mercun ke dalam Pajero dari Proton Exora," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini semalam. 

Abdul Rozak berkata, sebaik serbuan dilakukan ketiga-tiga cuba melarikan diri. 

Tambah beliau, dua suspek yang menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero berjaya diberkas, nanmun pemandu Proton Exora berjaya melepaskan diri. 

"Siasatan awal percaya kedua-dua suspek merupakan 'transporter' yang mahu membawa masuk mercun dari negara jiran itu untuk pasaran Kuala Terengganu. 

"Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ada dua dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya

No comments:

Post a Comment