KUALA TERENGGANU - Bank Negara melancarkan portal Semak Kasih yang memudahkan waris mengesan sekali gus me nuntut polisi perlindungan insurans atau takaful ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.
Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, berdasarkan seтakan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM),sekurang-kurangnya 50,000 polisi insurans atau sijil takaful dicarum individu yang dikenal pasti sudah meninggal dunia masih belum dituntut.
Beliau berkata, manfaat polisi insurans atau sijil takaful pencarum yang belum dituntut itu dianggarkan mencecah jutaan ringgi.
"Masih terdapat keluarga yang tidak menyedari insan tersayang telah meninggalkan perlindun gan takaful atau insurans untuk kebajikan mereka.
"Pelbagai usaha telah dilakukan syarikat insurans dan takaful termasuklah hantar surat serta menggunakan ejen bagi meng hubungi waris yang berhak me nerima manfaat kematian," katanya di sini semalam.
Terdahulu beliau melancarkan portal Semak Kasih yang dibangunkan dengan kerjasama MTA dan LIAM sempena Karnival Celik Kewangan Terengganu.
Adnan Zaylani berkata, portal Semak Kasih dilancarkan bagi meningkatkan lagi kecekapan proses pembayaran tuntutan manfaat skim perlindungan insurans dan takaful terbabit.
Beliau berkata, portal tersebut memudahkan waris menyemak kewujudan perlindungan insurans dan takaful ditinggalkan ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.
"Mereka kemudiannya boleh menghubungi penyedia insurans atau takaful berkaitan bagi tindakan lanjut permohonan tun tutan.
"la inisiatif bagi memastikan manfaat polisi perlindungan insurans atau takaful terbabit sampai kepada keluarga yang berhak, katanya
Jelasnya, pelancaran portal terbabit diharap dapat melindungi kebajikan dan hak waris seperti diharap pemegang polisi perlindungan insurans dan takaful terbabit sewaktu hayatnya.
No comments:
Post a Comment