Translate

Saturday, August 5, 2023

Tragedi kepala air: Teknik selaman diguna cari baki dua mangsa

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat hari keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih hari ini memberi fokus untuk mencari baki dua mangsa yang masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, selain pencarian di permukaan, anggota pasukan operasi mencari dan menyelamat akan melakukan selaman di dalam sungai berhampiran lokasi kejadian.

“Sepanjang tiga hari ini, pasukan selaman terdiri daripada 20 anggota Pasukan Penyelamat di Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Polis Marin berada dalam keadaan bersedia.

“Teknik selaman masih belum digunakan sebelum ini berdasarkan situasi pada masa itu namun hari ini agak sesuai kerana cuaca baik dan paras air sungai juga semakin surut,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, seramai 174 anggota pasukan keselamatan terlibat dalam pencarian di tiga sektor yang seluas kira-kira 32 kilometer.

Jelas beliau, setakat ini tiada petunjuk jelas dua mangsa yang masih hilang telah terlepas dari sektor pencarian sehingga Kuala Kemaman di sini.

Kosmo! semalam melaporkan 10 mangsa terdiri daripada sembilan beranak dan seorang bakal menantu menjadi mangsa kepala air sewaktu berkhemah di Jeram Mawar pada Sabtu lalu.

Setakat ini lapan mayat telah dijumpai dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang pada lewat malam tadi.

Dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim dan Muhammad Fikri Saliman, 24. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment