Translate

Friday, August 4, 2023

PRN: Pas kekal 84 peratus penyandang, kemuka calon tunggal wanita di Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Pas mempertaruhkan calon tunggal wanita, Zuraida Mohd. Noor untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Zuraida yang merupakan antara 10 muka baharu ditampilkan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Terengganu ke-15 sebelum ini dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu.

Selain itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kekal mempertahankan kerusi DUN Ru Redang.

Kesemua Exco kerajaan negeri Terengganu kecuali Datuk Dr. Alias Razak dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar turut terus diberi kepercayaan untuk terus bertanding di kerusi masing-masing.

Bagaimanapun, Alias yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Tengku Hassan memberi laluan kepada muka baharu masing-masing di DUN bukit Tunggal dan Ladang.

Selain 27 calon dari Pas, Perikatan Nasional (PN) turut meletakkan lima calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kijal, Kuala Besut, Telemong, Seberang Takir dan Permaisuri.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris akan menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di DUN Kijal.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hussain Awang berkata, 50 peratus daripada calon PN berkelulusan agama manakala kira-kira 39 peratus pula merupakan golongan usahawan dan profesional. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment