Translate

Monday, August 14, 2023

PRN: Tidak Rasmi – PN dahului 18 DUN di Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Perikatan Nasional (PN) dianggotai Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengekalkan kerajaan negeri Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15.

Setakat pukul 8.40 malam, PN telah menguasai 18 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut keputusan tidak rasmi.

PN sudah boleh membentuk kerajaan negeri Terengganu secara majoriti mudah.

DUN tersebut adalah Jabi, Tepoh, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Telemung, Manir dan Kuala Berang.

PN juga memenangi DUN Ajil, Rantau Abang, Kemasik, Chukai, Alor Limbat, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Besi dan Air Putih.

DUN Seberang Takir dan Telemung sebelum ini masing-masing disandang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Razif Abd. Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment