Translate

Monday, August 14, 2023

11 kes kesalahan pilihan raya dibuka di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, ia melibatkan sembilan insiden.

“Sembilan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 4 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (satu) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan (satu).

“Ia membabitkan empat kes di Kuala Terengganu, Setiu dan Marang masing-masing dua serta satu kes di setiap daerah di Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya di sini hari ini.

Noor Halim berkata, secara keseluruhan, situasi di seluruh Terengganu kekal berada di tahap yang terkawal.

Beliau berkata, pihak polis akan terus memantau situasi semasa sehingga terbentuknya kerajaan negeri.

“Masyarakat tidak perlu risau dan mereka boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

“Kami juga merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama baik sepanjang PRN berlangsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment