Translate

Monday, August 7, 2023

Perkeso bantu pesakit strok terlantar

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Penderitaan seorang kakitangan Syarikat Air Terengganu (Satu) yang terlantar akibat strok sejak lima bulan lalu mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Hussin berkata, Zulkifli Ab. Ghani, 51, menerima bantuan segera berupa susu khas dan kerusi khas bagi pesakit terlantar.

“Kami segera meluluskan sebaik menerima borang permohonan pencarum Perkeso tersebut pada bulan lalu.

“Pemberian bantuan pemulihan tersebut berdasarkan syor doktor yang merawatnya,” katanya ketika menziarah Zulkifli di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Chalok di sini hari ini.

Farihah berkata, Zulkifli yang merupakan kakitangan Satu cawangan Setiu turut akan dirujuk kepada persidangan jemaah doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 14 Ogos depan.

Jelas beliau, ia merupakan sebahagian prosedur bagi kelulusan permohonan ilat pencarum Perkeso tersebut.

“Dia yang sudah berkhidmat di Satu sejak tahun 1999 juga bakal menyertai program pemulihan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Kuala Terengganu tidak lama lagi.

“Kami harap bantuan ini amat dapat meringankan beban keperluan Zulkifli dan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment