Translate

Thursday, August 3, 2023

Pas yang tidak mahu RUU355 dibahas, diundi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) tidak pernah dibahaskan dan diundi atas permintaan Pas sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sewaktu mahu membentangkan RUU355 pada Mei 2016, Pas telah memohon agar ia tidak dibahaskan dan diundi.

“Atas arahan Perdana Menteri pada masa itu (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya sebagai Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bagi membolehkan Pas membentang RUU 355 tanpa bahas, tanpa undi.

“Terkejut Speaker (Amin) dan menganggap pembentangan RUU 355 tanpa bahas dan undi sebagai gila (kerana tidak berlaku sebelum ini),” katanya pada program Jelajah Perpaduan Madani peringkat Terengganu di sini hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 pada 26 Mei 2016.

Ahmad Zahid berkata, sikap Pas itu menunjukkan sebenar parti itu sebenarnya tidak pernah serius mahu melaksanakan rang undang-undang bagi memperkasa mahkamah syariah tersebut.

Sebaliknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan Pas hanya menggunakan RUU355 sebagai modal politik untuk mengaburi mata pengundi Melayu dan Islam.

“RUU355 tidak dapat dilaksanakan kerana itu cuma retorik politik mereka sahaja. Sebab itu sewaktu (Pas) menjadi sebahagian kerajaan (Persekutuan) pun tidak buat apa-apa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment