Translate

Wednesday, August 2, 2023

Mayat pemandu bot jatuh Tasik Kenyir ditemui

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Mayat pemandu bot pelancong yang terjatuh di Tasik Kenyir, dekat sini akibat kemalangan dua bot laju pada Jumaat lalu berjaya dijumpai, hari ini.

Ketua Balai dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohamad berkata, mayat Mohd. Faisal Draman, 42, telah ditemui pada pukul 3.40 petang.

“Mayat mangsa ditemukan terapung berhampiran lokasi dia terjatuh. Sebelum itu, anggota pasukan mencari dan menyelamat telah melakukan pencarian di permukaan air di lokasi kejadian,” katanya, di sini hari ini.

Hanaffi berkata, bot pasukan penyelamat telah melakukan teknik pusingan donat sebelum mayat Mohd. Faisal yang berada di dasar tasik timbul ke permukaan, kira-kira 10 minit kemudian.

Tambah beliau, mayat Mohd. Faisal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini untuk tindakan lanjut.

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan melibatkan dua bot laju di Sungai Pertang berhampiran Santuari Kelah, Tasik Kenyir, dekat sini.

Kejadian pada pukul 11.05 pagi itu berlaku selepas dua bot laju termasuk satu daripadanya dikendali Mohd. Faisal bertembung di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment