Translate

Friday, August 4, 2023

PRN: BN Terengganu kemuka 58 tawaran, fokus golongan muda

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) mengemukakan aku janji yang menawarkan 58 tawaran sekiranya berjaya menawan semula Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Aku janji tersebut terbahagi kepada lima teras utama iaitu kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, insfrastruktur, ekonomi serta orang muda dan belia.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, antara yang diberi tumpuan dalam aku janji tersebut ialah kebajikan golongan belia yang merangkumi 31 peratus daripada populasi negeri ini.

“Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kelahiran Terengganu akan menerima bantuan sekali bayar atau komputer riba bernilai RM1,000 dalam tempoh 100 hari selepas kerajaan negeri dibentuk.

“Kita juga akan memberi bantuan lesen memandu dan perniagaan kepada belia berkelayakan selain memperkasakan kemudahan sukan dan e-sukan di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berkata, lepasan diploma dan ijazah sarjana muda Terengganu juga berpeluang menyertai skim latihan di agensi kerajaan negeri Terengganu dengan elaun antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan.

Tambah beliau, Skim Latihan Lepasan IPT dalam tempoh setahun itu merupakan inisiatif BN bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan.

“BN juga berjanji akan meningkatkan lagi pencapaian akademik dengan pelbagai insentif seperti bantuan RM600 kepada semua pelajar baru Terengganu yang diterima memasuki sekolah berasrama penuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment