Translate

Saturday, August 5, 2023

Pas putus tidak rayu petisyen Parlimen Kuala Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketetapan tidak merayu keputusan Mahkamah Tingggi Pilihan Raya tersebut dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

“Kita ada dua pilihan, sekiranya merayu masa menunggu (keputusan rayuan) mungkin enam bulan baru selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Kita tidak mahu rakyat terabai kerana sepanjang tempoh itu (enam bulan) tiada Ahli Parlimen (Kuala Terengganu) berkhidmat,” katanya di sini hari ini.

Takiyuddin menegaskan sebagai parti politik yang mengutamakan kepentingan rakyat, Pas memilih untuk akur dengan keputusan mahkamah sekaligus tidak akan merayu keputusan petisyen terbabit.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas mencadangkan agar Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

“Kita yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk selesaikan (PRK Kuala Terengganu dan PRN serentak pada tarikh sama,” katanya.

Kosmo! Online 27 Jun lalu melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujudnya unsur rasuah dilakukan sewaktu kempen PRU15. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment