Translate

Thursday, August 3, 2023

PRN: Razali yakin mampu tewaskan Ahmad di DUN Kijal

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris optimis mampu menjadi ‘giant killer’ menewaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Beliau berkata, trend semasa menunjukkan kebanyakan pengundi muda lebih gemar memilih calon baharu.

“Pengundi (sekarang) hendak cuba muka-muka baharu, orang yang lebih ‘junior’ untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

“Lagipun undi diperolehi Barisan Nasional (BN) di DUN Kijal sudah jauh menyusut sewaktu tewas pada kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu,” kataya selepas majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Terengganu di Rusila di sini malam tadi.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu telah menyandang kerusi DUN Kijal selama lima penggal berturut-turut sejak tahun 1990.

Razali, 57, juga percaya jentera PN dimiliki di DUN Kijal juga mampu memberi tentangan sengit terhadap Ahmad.

Dalam pada itu, beliau turut optimis semua lima calon Bersatu mampu memenangi kerusi DUN Terengganu ditandingi pada PRN kali ini.

Bersatu akan bertanding di lima kerusi di DUN Terengganu iaitu Kijal, Kuala Besut, Permaisuri, Seberang Takir dan Telemung. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment