Translate

Thursday, August 10, 2023

Selera Pas tinggi, mahu bolot 32 kerusi DUN Terengganu

\Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan kea­daan selesa untuk mempertahankan kerajaan negeri buat penggal kedua berturut-turut.

Kejayaan menguasai kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membuatkan keyakinan Pas kini semakin memuncak.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Datuk Husain Awang pada hari pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) lalu turut melaungkan hasrat untuk menyapu bersih 32 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Beliau berkata, sasaran itu rea­listik bersandarkan sentimen pengundi yang menyebelahi PN di semua DUN di Terengganu kecuali Telemung pada PRU15.

Husain berkata, aura Gelombang Hijau di Terengganu juga dirasakan masih hangat walaupun sudah lebih sembilan bulan PRU15 berakhir.

Pada PRU14, Pas merampas kembali kerajaan negeri Terengganu yang kali terakhir dikuasai sepenggal pada tahun 1999 selepas memenangi 22 kerusi DUN, manakala selebihnya 10 kerusi menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan sama, Pas Terengganu dilihat amat selesa apabila mencalonkan semula sebahagian besar penyandang 22 DUN sebelum ini.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusri Ibrahim yang dihubungi berkata, walaupun kelebihan dilihat masih memihak PN di Terengganu, laluan untuk menguasai semua 32 kerusi DUN tidak begitu mudah.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, momentum gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) setelah seminggu berkempen berlangsung dilihat semakin memuncak.

“Keputusan PRN Terengganu juga akan banyak dipengaruhi oleh 31 peratus pengundi muda yang berusia bawah 29 tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment