Translate

Monday, August 7, 2023

PRN: Kempen politik ditangguh, hormati kemangkatan bonda Sultan Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menangguhkan semua kempen termasuk ceramah dan himpunan berikutan kemangkatan bonda Sultan Terengganu hari ini.

Ia bagi menzahirkan rasa sedih dan takziah terhadap kemangkatan Tengku Besar Terengganu, Fatimah @ Sharifah Nong AlSagoff Abdillah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, semua 33 calon parti itu dan Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kuala Terengganu telah dimaklumkan tentang penangguhan berkenaan.

“Petang tadi baru selesai istiadat pemakaman (Tengku Besar Terengganu) jadi kita batalkan semua acara (kempen PRN) yang telah dijadualkan.

“Bagaimanapun, semua program ceramah dan kempen akan diteruskan seperti biasa esok tanpa sebarang aktiviti hiburan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pas Terengganu juga mengambil tindakan sama menangguhkan semua kempen dan himpunan malam ini.

Almarhum Tengku Besar Terengganu mangkat di Kuala Lumpur pada pukul 3.17 pagi tadi. Jenazah bonda Sultan Mizan Zainal Abidin telah dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment