Translate

Monday, April 3, 2023

Noryn Aziz mohon kebenaran rayuan sabitan nusyuz bekas suami

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGANU – Penyanyi Jazz, Noryn Aziz memfailkan permohonan kebenaran mengemukakan rayuan untuk menggugurkan sabitan nusyuz terhadap bekas suaminya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah di Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah di sini telah membenarkan sabitan nusyuz difailkan Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu pada kira-kira lima tahun lalu.

Panel Hakim Syarie diketuai Datuk Wan Mohd. Zakri Mohd. yang bersidang mendengar permohonon terbabit telah memerintahkan kedua-dua pihak melakukan rundingan di luar mahkamah.

Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 47, dan Raja Kamarul Bahrin, 68, telah diberi masa sebelum bersepakat sebelum memaklumkannya kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Raja Kamarul Bahrin yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Yong hadir pada prosiding hari ini manakala peguam syarie, Datuk Seri Amli Embong pula mewakili Noryn.

Sebelum ini, Raja Kamarul Bahrin Shah telah memfailkan tuntutan nusyuz tersebut terhadap Noryn pada bulan Julai 2018 sebelum sabitan itu dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syarie di sini tidak lama kemudian.

Noryn mengahwini Raja Kamarul Bahrin pada tahun 2010 dan dikurnia seorang anak, Raja Bariq Umar Shah, 9, sebelum berpisah pada hujung tahun 2018.

Juara Gegar Vaganza 5 itu kemudiannya berkahwin baharu dengan usahawan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 51, pada Oktober 2020. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment