Translate

Wednesday, April 26, 2023

Dua beranak maut dalam perjalanan pulang beraya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Hasrat dua beranak untuk pulang beraya di kampung halaman bertukar menjadi tragedi mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 28, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.50 pagi itu, mangsa, Subhi Sayuti Abd. Ghani, 43, yang merupakan pemandu e-hailing maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Anak perempuan lelaki itu, Syuhada Hafiya, 7, pula meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, dua beranak terbabit yang menetap di Pangsapuri Madu Mas, Kuala Lumpur dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung di Taman Hidayah di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna , Perodua Alza yang dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan, Rexton Syanyong.

“Impak kemalangan itu menyebabkan kenderaan Perodua Alza itu berpusing lalu merempuh kereta Perodua Kenari pula,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, kemalangan tersebut turut menyebabkan pemandu kenderaan Rexton Syanyong, Nazarullah Sekawi, 37, cedera parah pada bahagian kaki dan tangan kanan.

Tambah beliau, isteri ejen insurans dan empat anaknya yang berusia antara lima dan 14 tahun juga mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment