Oleh MOHD AZLI ADLAN
SETIU – Pasukan penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) melakukan cerapan gerhana matahari separa di Balai Cerap Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Merang di sini bersempena fenomena tersebut hari ini.
Pengarah Eseri. Prof. Madya Dr. Roslan Omar berkata, penduduk Terengganu boleh melihat kebesaran Allah tersebut dalam tempoh sejam 36 minit dari pukul 11.15 pagi hingga 12.51 tengah hari tadi.
“Alhamdulillah, fenomena gerhana matahari separa yang berlaku pada 29 Ramadan ini boleh dilihat dengan jelas di negeri ini.
“Cerapan telah dilakukan penyelidik Eseri dengan menggunakan teleskop khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir pada 21 Jun 2020.
Fenomena sama dijangka bakal berulang empat tahun lagi pada 2 Ogos 2027. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment