Translate

Tuesday, April 25, 2023

Hutan Merang pula terbakar

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Satu lagi hutan di daerah ini terbakar awal pagi tadi di Merang di sini iaitu kira-kira 23 kilometer dari lokasi Hutan Rhu Sepuluh yang terbakar sebelum ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, kebakaran terbabit telah memusnahkan kira-kira lima hektar Hutan Merang terbabit.

“Seramai 32 anggota bomba dari lima balai bomba di daerah ini, Kuala Nerus, Besut dan Kuala Terengganu telah dikerah untuk memadamkan kebakaran.

“Lima tangki air yang dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton telah digunakan untuk misi pemadaman hutan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Mazimi berkata, teknik ofensif telah digunakan bagi kerja-kerja pemadaman dan mengawal api kebakaran daripada merebak.

Jelas beliau, kebakaran Hutan Merang tersebut berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi tadi.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka sewaktu cuaca kering pada tempoh ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment