Translate

Tuesday, April 25, 2023

Dua maut, Perodua Myvi bertembung bas ekspres

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Dua maut manakala 10 cedera selepas sebuah kereta Perodua Myvi bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.57 tengah hari itu, dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi maut manakala seorang lagi cedera.

Pemandu bas ekspres dan lapan penumpangnya juga mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Kemalangan dikatakan berpunca selepas kereta Perodya Myvi dinaiki mangsa dari arah Kuala Terengganu dikatakan tiba-tiba kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

Sebuah bas ekspres dari Kelantan kemudiannya gagal mengelak lalu merempuh kereta Perodua Myvi terbabit.

Impak rempuhan itu menyebabkan bas ekspres terbabit yang membawa 29 penumpang itu telah terbalik ke tepi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, dua mangsa meninggal dunia yang masih belum dikenalpasti identitinya telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, 10 mangsa yang cedera termasuk pemandu bas ekspres yang patah kaki pula telah dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment