Translate

Monday, April 3, 2023

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, tiga kategori diperkenal

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini meningkat kepada sekurang-kurangnya RM8 seorang berbanding RM7 pada tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar zakat fitrah itu juga ditetapkan kepada tiga kategori mengikut beras yang dimakan keluarga Islam terbabit.

“Kategori pertama ialah sekurang-kurangnya RM8 bagi mereka yang menggunakan beras tempatan biasa.

“Bagi mereka yang makan beras Super Import (Siam) pula kadar ditetapkan ialah RM10 seorang,” katanya selepas merasmikan Multaqa Amil Zakat Terengganu di sini habis

Sebelum ini, Terengganu hanya menetapkan satu kadar zakat fitrah iaitu RM7 bagi setiap individu Islam berkemampuan.

Shaikh Harun berkata, kadar zakat fitrah bagi individu yang menggunakan beras premium seperti Basmathi pula ialah RM24 seorang.

Dalam perkembangan sama, Shaikh Harun turut melancarkan sistem e-Amil dalam usaha mendigitalisasikan kutipan zakat di negeri ini.

Jelas beliau, antara ciri sistem tersebut ialah resit rasmi zakat akan dihantar secara digital kepada pembayar menerusi telefon bimbit dan e-mel. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment