Translate

Saturday, October 8, 2016

Mohammad Fuad johan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu

SETIU - Penunggang kuda lasak nombor satu negara, Mohammad Fuad Hashim mengungguli kategori individu Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu yang julung kali diadakan selama dua hari mulai semalam.
Beliau yang mewakili Pasukan Kuda Lasak Negeri Terengganu (STET) menewaskan 50 peserta lain denga menamatkan perlumbaan sejauh 80 kilometer dengan kepantasan empat jam seminit 38 saat.
Dia menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah berkenaan sejurus kejohanan berakhir di Taman Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu hari ini.
Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga menduduki tempat keenam bagi kategori sama. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment