Translate

Thursday, October 13, 2016

SMK Gong Badak muncul juara koir K3P Terengganu

HARMONI. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus muncul johan pertandingan koir sempena Karnival Program Pelancongan Pelajar (K3P) peringkat negeri Terengganu di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kuala Ibai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Zanariah Zakaria berkata, pertandingan yang bertujuan memupuk budaya melancong dalam kalangan pelajar itu disertai lapan buah sekolah yang mewakili daerah masing-masing.

Beliau berkata, kejayaan tersebut membolehkan kumpulan koir SMK Kompleks Gong Badak mewakili Terengganu pada pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung di Negeri Sembilan pada November depan.

No comments:

Post a Comment